• Home
  • Company Overview
    • About Us
    • Vision & Mission
    • Awards Recognition
    • Our Certificates
    • Key Organization
  • Our Project
    • Our Projects
    • View All Project
  • Services
  • News & Media
    • Press Release
    • Gallery
    • Video
  • Career
  • Contact
    • Contact
    • Get an Enquiry
  • Home
  • Company Overview
    • About Us
    • Vision & Mission
    • Awards Recognition
    • Our Certificates
    • Key Organisation
  • Projects
    • Northern
      Northern TechValley@BKE
    • Central
      Ijok Selangor
    • Southern
      i-TechHub
    • I-Techvalley
    • i-Park @ Senai Airport City
    • i-Park @ Indahpura
    • i-Park @ SILC
    • District 6 @ SILC
    • SME City
    • The Jacaranda
    • View All
  • Services
  • News & Media
    • Press Release
    • Gallery
    • Video
  • Career
  • Contact
    • Get An Enquiry

NOTIS DATA PERIBADI

NOTIS DATA PERIBADI

 

  1. Notis data peribadi (“Notis”) ini dikeluarkan oleh AME Elite Consortium Berhad dan anak syarikat, sekutu, syarikat bersekutu dan syarikat berkaitannya (secara kolektif dirujuk sebagai “Kumpulan AME” atau “kami”) di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang dipinda dari semasa ke semasa (“Akta tersebut”) dan yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial.
  2. Untuk tujuan Notis ini, terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” akan mempunyai maksud sepertimana yang ditakrifkan dalam Akta tersebut.
  3. TNotis ini adalah terpakai terhadap mana-mana pihak yang data peribadinya diproses atau akan diproses oleh Kumpulan AME dan bertujuan untuk memaklumkan anda bagaimana data peribadi anda diproses oleh atau bagi pihak Kumpulan AME.
  4. Data peribadi yang diproses atau akan diproses oleh kami atau bagi pihak kami adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada data berikut:
    (a) untuk mengenal pasti maklumat seperti nama anda, nama syarikat anda dan pekerjaan;
    (b) butir-butir perhubungan seperti alamat kediaman, surat-menyurat dan email, nombor telefon anda, syarikat anda dan/atau rujukan anda;
    (c) butiran pekerjaan seperti maklumat tentang pekerjaan kini dan/atau terakhir;
    (d) maklumat demografi seperti keutamaan dan/atau minat anda;
    (e) maklumat peribadi, korporat dan/atau kewangan seperti dokumen setiausaha syarikat, slip gaji, tarikh lahir dan umur; dan
    (f) apa-apa data peribadi lain yang perlukan untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di Perenggan 5.
  5. Tujuan-tujuan penggunaan data peribadi anda adalah untuk tetapi tidak terhad kepada tujuan-tujuan berikut (“Tujuan-tujuan tersebut”):
    (a) untuk tujuan pematuhan tadbir korporat;
    (b) untuk latihan korporat, urusan, urus niaga dan tujuan korporat lain;
    (c) untuk membolehkan kami melaksanakan obligasi kontrak;
    (d) untuk tujuan penjenamaan, komunikasi dan hal-ehwal korporat kami termasuk penerbitan di dalam mana-mana bahan bercetak, laman web dan/atau media elektronik kepunyaan kami serta di dalam mana-mana bahan bercetak dan/atau media elektronik kepunyaan pihak-pihak luar;
    (e) untuk pertimbangan permohonan-permohonan untuk pekerjaan;
    (f) untuk memahami keperluan anda dan menyediakan perkhidmatan;
    (g) untuk tujuan pengebilan dan kewangan, perakaunan dan cukai;
    (h) untuk tujuan audit;
    (i) untuk urusan-urusan pentadbiran;
    (j) untuk tujuan insurans
    (k) untuk tujuan keselamatan dan pencegahan penipuan; dan
    (l) untuk apa-apa tujuan lain yang bersampingan dengan atau berlanjutan daripada Tujuan-tujuan tersebut.
  6. Data peribadi anda dikumpul daripada pelbagai sumber maklumat, termasuk maklumat yang telah anda berikan kepada kami, maklumat daripada pihak-pihak ketiga dan maklumat dalam domain awam.
  7. Anda boleh mengakses dan meminta untuk pembetulan data peribadi anda pada bila-bila masa selepas penyerahan data peribadi anda kepada kami. Anda juga boleh meminta untuk menghantar data peribadi anda kepada pengawal data lain pilihan anda dengan menyerahkan notis bertulis kepada kami melalui cara elektronik yang mana permintaan untuk kemudahalihan data sedemikian tertakluk kepada kebolehlaksanaan teknikal dan keserasian format data. Sila hubungi kami melalui cara-cara seperti yang dinyatakan di bawah sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau aduan tentang data peribadi anda atau sekiranya anda tidak lagi bersetuju dengan kami memegang, menyimpan atau mengekalkan data peribadi anda:

     

    Orang Untuk Dihubungi            :      Personal Data Administrator / Data Protection Officer
    Alamat                                       :      No. 2, Jalan I-Park SAC 1/1, Taman Perindustrian I-Park SAC, 81400 Senai, Johor.
    No. Telefon                                :      +607-5959 666 / +607-5959 999
    Alamat Email                             :      pdpa@ame-elite.com

     

    Selaras dengan Akta tersebut:
    (a) kami mungkin mengenakan bayaran untuk memproses permintaan anda untuk mengakses data
    peribadi anda;
    (b) kami boleh menolak permintaan anda untuk akses atau pembetulan data peribadi anda; dan
    (c) sekiranya berlaku sebarang pelanggaran data yang menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan apa-apa kemudaratan kepada anda, kami akan memaklumkan pelanggaran data peribadi tersebut kepada anda dalam apa-apa cara dan bentuk seperti yang ditentukan oleh Pesuruhjaya tanpa kelewatan yang tidak perlu.

  8. Data peribadi anda boleh didedahkan, disebarkan dan/atau dipindahkan kepada:
    (a) mana-mana syarikat/entiti di dalam Kumpulan AME pada masa sekarang atau masa hadapan;
    (b) penganjur bersama untuk acara-acara dan penyedia-penyedia perkhidmatan;
    (c) mana-mana pihak berkuasa penyeliaan, kerajaan atau pihak-pihak berkuasa yang berkaitan;
    (d) juruaudit, perunding, firma-firma atau entiti-entiti profesional; dan
    (e) mana-mana organisasi pihak ketiga atau pihak-pihak lain yang dianggap sesuai oleh kami
    untuk apa-apa Tujuan-tujuan tersebut atau apa-apa tujuan yang baginya data peribadi anda hendak dizahirkan pada masa pengumpulannya atau apa-apa tujuan lain yang berhubungan secara langsung dengan mana-mana Tujuan-tujuan tersebut atau dimana data peribadi anda perlu dizahirkan menurut atau dibenarkan di bawah undang-undang atau perintah mahkamah.
  9. Sekiranya tidak dinyatakan sebaliknya oleh kami pada masa pengumpulan data peribadi, adalah wajib bahawa anda membekalkan kami dengan data peribadi yang diminta oleh kami. Sekiranya anda gagal untuk membekalkan data peribadi yang dinyatakan di atas, kami mungkin tidak dapat memproses data peribadi anda bagi mana-mana Tujuan-tujuan tersebut.
  10. Kami adalah komited dalam memastikan kerahsiaan, perlindungan, keselamatan dan ketepatan data peribadi anda yang dibekalkan kepada kami. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa kesemua data peribadi yang diserahkan kepada kami dan disimpan oleh kami adalah tepat, tidak mengelirukan, dikemaskini dan lengkap dalam semua aspek. Bagi mengelakkan keraguan, kami termasuk kakitangan atau pegawai yang diberi kuasa atau ejen tidak bertanggungjawab untuk sebarang data peribadi yang diserahkan oleh anda yang tidak tepat, mengelirukan, tidak lengkap atau tidak dikemaskini.
  11. Di samping itu, kami boleh meminta bantuan anda untuk memperolehi persetujuan daripada pihak ketiga yang data peribadinya telah dikemukakan oleh anda kepada kami dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk berbuat demikian.
  12. Dalam perjalanan perniagaan kami, kami mungkin memerlukan atau perlu memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia, tetapi data peribadi anda yang dipindah sedemikian hanya akan digunakan untuk Tujuan-tujuan tersebut.
  13. Sebarang data peribadi yang dikumpul akan disimpan selagi perlu untuk memenuhi Tujuan-tujuan tersebut dan selepas itu kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi anda akan dimusnahkan atau dipadamkan sekiranya tidak diperlukan lagi, kecuali jika pengekalan diperlukan untuk memenuhi keperluan undang-undang, peraturan atau perakaunan atau untuk melindungi keperluan Kumpulan AME.
  14. Kami menyediakan Notis ini dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang pencaggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.
  15. Kami berhak untuk meminda dan megemas kini Notis ini pada bila-bila masa dan Notis yang dikemas kini akan disiarkan di laman web kami atau melalui mana-mana mod lain yang kami tentukan sesuai.
  16. Dengan berkomunikasi, melibatkan diri dengan Kumpulan AME atau menggunakan perkhidmatan atau produk kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima peruntukanperuntukan yang terkandung di dalam ini dan memberi persetujuan untuk pemprosesan data peribadi selaras dengan segala yang dinyatakan di sini. Sila dimaklumkan bahawa anda mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran anda dengan memberikan notis bertulis melalui e-mel di pdpa@ame-elite.com.

COPORATE

About Us

Vision & Mission

Awards Accreditation

Our Certificates

Key Organisation

PROJECT

Northern TechValley @ BKE

Ijok Selangor

i-TechHub

I-TechValley

i-Park @ Senai Airport City

i-Park @ Indahpura

i-Park @ SILC

District 6 @ SILC

SME City

The Jacaranda

AME HQ ADDRESS

No.2, Jalan I-Park SAC 1/1,
Taman Perindustrian I-Park SAC,
81400 Senai, Johor, Malaysia

EMAIL

enquiry@amedev.com.my

PHONE / HELPLINE

+607-5959 999

FAX

+607-5959 668
GROUP OF COMPANIES

AME Elite Consortium Berhad

AME Construction

AME Engineering

Asiamost

Ipark Development

i-Stay

AME REIT
Quantum Renewable Energy
JOIN US

Career

SOCIAL MEDIA
LinkedIn

Facebook

Youtube

AME DEVELOPMENT SDN BHD 200801002418 (803702-H)

TERMS & CONDITIONS (BM)

TERMS & CONDTIONS (ENG)

TERMS & CONDITIONS (BM)

TERMS & CONDTIONS (ENG)

AME DEVELOPMENT SDN BHD 200801002418 (803702-H)
Copyright © 2025 AME Development Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
Group of Companies under AME Elite Consortium Berhad.

Chat with us
Start a Conversation
Hi! Click one of our member below to chat on Whatsapp
The team typically replies in a few minutes.
Sales & Marketing
Loading...
Loading...