NOTIS DATA PERIBADI
Anda boleh mengakses dan meminta untuk pembetulan data peribadi anda pada bila-bila masa selepas penyerahan data peribadi anda kepada kami. Anda juga boleh meminta untuk menghantar data peribadi anda kepada pengawal data lain pilihan anda dengan menyerahkan notis bertulis kepada kami melalui cara elektronik yang mana permintaan untuk kemudahalihan data sedemikian tertakluk kepada kebolehlaksanaan teknikal dan keserasian format data. Sila hubungi kami melalui cara-cara seperti yang dinyatakan di bawah sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau aduan tentang data peribadi anda atau sekiranya anda tidak lagi bersetuju dengan kami memegang, menyimpan atau mengekalkan data peribadi anda:
Orang Untuk Dihubungi : Personal Data Administrator / Data Protection Officer
Alamat : No. 2, Jalan I-Park SAC 1/1, Taman Perindustrian I-Park SAC, 81400 Senai, Johor.
No. Telefon : +607-5959 666 / +607-5959 999
Alamat Email : pdpa@ame-elite.com
Selaras dengan Akta tersebut:
(a) kami mungkin mengenakan bayaran untuk memproses permintaan anda untuk mengakses data
peribadi anda;
(b) kami boleh menolak permintaan anda untuk akses atau pembetulan data peribadi anda; dan
(c) sekiranya berlaku sebarang pelanggaran data yang menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan apa-apa kemudaratan kepada anda, kami akan memaklumkan pelanggaran data peribadi tersebut kepada anda dalam apa-apa cara dan bentuk seperti yang ditentukan oleh Pesuruhjaya tanpa kelewatan yang tidak perlu.
PHONE / HELPLINE
FAX
AME DEVELOPMENT SDN BHD 200801002418 (803702-H)